RAKAMAN video seorang lelaki ditangkap orang awam kerana didakwa meragut mengundang pelbagai reaksi warga maya. Mana tidaknya, meskipun tangan dan kepalanya telah dipegang erat oleh beberapa lelaki, dia cuba merentap kembali rantai leher ketika mangsa ragut ingin memgambil gambar. Menerusi perkongsian pelayar X, Abudi Alsagoff, kejadian tersebut berlaku di Kota Tinggi Johor. Tangkap layar aksinya yang cuba merampas kembali rantai leher tersebut. “Peragut berjaya ditangkap di Kota Tinggi. Mangsa akak baju biru tu. “Mat dah tau ‘hobi kami mahal’ pergi kerja la, kau pergi meragut buat apa?? “Lagi respect aku kat brother yang kejar 100 trip tu!”ciapnya. ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup korban kereta mewah kejar peragut, ramai puji ‘abang Mercedes’ - “Tak kan saya saja nak langgar!” Berdasarkan video berdurasi 53 saat itu, mangsa seorang wanita turut dilihat melepaskan marah dengan menampar serta menendang peragut berkenaan. Orang awam yang memegangnya turut mengeluarkan beberapa utas rantai leher dari dalam baju lelaki terbabit. Bahkan terdapat seutas rantai yang dipakainya dipercayai milik wanita terbabit kerana masih mempunyai tag putih yang memaparkan berat emas. Meragut bukan kerja! Sebelum buat, fikirlah dulu akibatnya. WARGA MAYA Seakan tidak serik, dia juga cuba melarikan diri daripada cengkaman orang awam. Menjengah ke ruangan komen, beberapa warga maya mempersoalkan gaya lelaki berkenaan yang kelihatan seperti seorang berkemampuan. Tambahan pula dia masih muda serta sihat tubuh badan. Antara reaksi warga maya di ruangan komen. “Pakai kasut ala-ala berduit... rupa tak ada la okay dengan rambut ‘karat’ tapi tubuh badan sihat. "Patut hantar Tel Aviv orang macam ni. “Meragut bukan kerja! Sebelum buat, fikirlah dulu akibatnya. “Rompak kedai emas ke tu? Seluar, kasut macam nak pergi kerja pejabat,” ujar beberapa warga maya. Melihatkan kekerasan dilakukan terhadap lelaki terbabit, segelintir netizen meminta supaya dia terus diserahkan kepada pihak polis bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku. “Tangkapan awam tak semestinya kena pukul. Apa yang dia buat tu salah tapi memukul orang yang tangan dipegang juga satu kesalahan. “Pukul penjenayah boleh didakwa. “Pukul sikit-sikit dah la, biar pihak berkuasa yang ambil tindakan,” ujar segelintir netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube