suria

“Saya tidak kacau sesiapa” - Alasan TikToker Syamimia tak kongsi isu Palestin buat orang makin marah

Syamimia menjawab kritikan mengenai solidariti terhadap Palestin.

SUSULAN konflik kekejaman rejim zionis Israel, ramai selebriti dan pempengaruh tempatan tampil menyatakan soladiriti masing-masing terhadap rakyat Palestin.

Bagaimanapun ada dalam kalangan mereka dilihat agak berat hati untuk menggunakan platform masing-masing dalam mengetengahkan isu berkenaan.

Terbaharu, pempengaruh dikenali sebagai Syamimia atau Mimi dikritik kerana didakwa tidak sensitif serta enggan berkongsi sebarang hantaran tentang konflik di Gaza.

Syamimia membuat kenyataan balas terhadap dakwaan netizen terhadapnya sebelum ini.

"Mimi tolonglah gunakan platform Instagram yang ada 300,000 pengikut tu untuk kongsikan kesedaran isu Palestin.

"Sedih apabila content creator non muslim ramai yang kongsi berkali-kali isu ni tapi content creator Islam diam seribu bahasa. Contohilah Khairul Aming," demikian antara komen netizen.

Susulan itu Syamimia tampil menjawab tentang kritikan terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya yang berpanas, kenapa awak sakit hati?” - Sertai perhimpunan aman, Auntie Purple terkilan disuruh ‘duduk rumah je’

ARTIKEL BERKAITAN: RM100 juta bantuan kemanusian kepada Palestin

Ujar Syamimia, buat masa sekarang dia hanya mampu berdoa namun tetap berhasrat untuk memberikan sumbangan seperti pempengaruh dan usahawan Khairul Aming.

“Tidak berkongsi bukan bermaksud tidak mengambil tahu, tidak tahu, jahil atau tidak sayang. Kita semua ada rahsia, Tuhan saja yang tahu.

“Sama-samalah perbaiki diri kita, sokong mana yang benar dan sumbangkan doa. Jika ada rezeki lebih, salurkan sumbangan kepada tabung-tabung yang sahih,” ujarnya.

Boleh je tegur, saya suka baca dan terima nasihat.

SYAMIMIA

Bagaimanapun, penjelasan Syamimia itu tidak diterima warga maya.

Susulan itu wanita berkenaan bertindak memadam video tersebut gara-gara tidak tahan dengan kritikan negatif terhadapnya namun ia dimuat naik semula oleh pengguna TikTok, EgoAlster pada Selasa.

Syamimia kemudiannya memuat naik satu lagi hantaran baharu bagi memohon maaf dan pada masa sama berharap orang ramai berhenti mengecamnya.

"Boleh je tegur, saya suka baca dan terima nasihat. Tapi jangan sampai memalukan dan menghina. Tak baik. Saya tak memalukan diri saya sebab saya tahu apa yang saya sebut.

Syamimia turut memiliki lebih 1.1 juta pengikut di TikTok.

"Video tersebut dipadam bukan kerana saya takut hilang followers, bukan kerana saya ego, bukan kerana saya betul tetapi terlampau banyak hinaan dan memalukan nama saya.

"Saya juga minta maaf sekiranya saya tidak menepati kriteria title pempengaruh yang anda gelarkan pada saya. Terlampau banyak kebencian yang dilemparkan pada saya dan saya harap kita semua dan saya sempat bermaafan. Saya tidak kacau sesiapa," katanya dalam hantaran dibuat.

Untuk rekod juga, Syamimia sebelum ini mula dikenali ramai kerana didakwa memiliki peti sejuk jenama mewah, SMEG walaupun tinggal di kawasan perumah kos rendah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain