suria

Suami isteri direman seminggu, bantu siasatan kes tikam rakan kongsi 15 kali sampai mati

Suami isteri ditahan bagi membantu siasatan.

PASANGAN suami isteri direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita warga emas di Kuala Berang dekat Hulu Terengganu pada Rabu.

Perintah reman terhadap suspek wanita berusia 35 tahun dan suaminya berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Zur Azureen Zainalkefli.

Ia bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada Rabu, media melaporkan seorang peniaga wanita ditemukan mati dengan 15 kesan tikaman di bahagian badan di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu, Kuala Berang.

Mangsa yang berusia 65 tahun itu ditemukan di dalam longkang di kawasan berkenaan pada 4.35 pagi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan dipetik sebagai berkata, mangsa dipercayai dilanggar oleh suspek yang juga rakan kongsi perniagaan sebelum bertindak menikam mangsa yang ketika itu berada di dalam longkang.

Katanya, siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara kedua-dua wanita tersebut dimana suspek dan mangsa dipercayai tidak berpuas hati dengan hasil agihan keuntungan perniagaan jualan pakaian yang dijalankan mereka berdua.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain