suria

Lelaki nyaris maut selepas kereta dipandu terjatuh dalam gaung sebelum terbakar

Kereta lelaki berkenaan terjatuh ke dalam gaung sebelum terbakar.

BERPANTANG maut sebelum ajal!

Itulah ungkapan sesuai bagi menggambarkan situasi seorang lelaki ini yang terselamat selepas kereta yang dinaikinya terjatuh ke dalam gaung sebelum terbakar.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 7.00 pagi Rabu di Jalan Bukit Kimanis, berhampiran Taman Banjaran Crocker, Keningau, lelaki berusia 49 tahun itu sedang memandu bersendirian sebelum dia ternampak asap keluar dari enjin kenderaannya.

Menurut Ketua Balai Bomba Kimanis, Johainin Ruslan, lelaki itu kemudian memberhentikan keretanya di tepi jalan untuk memeriksa masalah pada enjin.

"Kereta itu berada dalam kedudukan gear pertama apabila lelaki berkenaan pergi untuk memeriksa enjinnya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berasap tayar! 3 penunggang nyaris maut... lori nak kejar lampu hijau, mat motor pecut masa traffic light merah... siapa salah?

Bagaimanapun, kereta itu tiba-tiba tergelincir ke dalam gaung sedalam 20 meter dan terbakar.

Johainin berkata, lelaki itu bagaimanapun sempat mengelak daripada terjatuh ke dalam gaung bersama keretanya.

"Dia mengalami cedera ringan dan kemudian memaklumkan pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Beliau berkata anggota bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 7.35 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.

"Api pada kenderaan itu berjaya dipadamkan dan lelaki itu diberi rawatan awal sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," kata Johainin sambil menambah tiada mangsa lain yang terlibat dalam insiden berkenaan. -THESTAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain