MASALAH berebut parkir bukanlah perkara baharu di mana-mana kawasan perumahan khususnya di kediaman jenis bertingkat. Jika ditelusuri di media sosial, ada sahaja perkongsian dan keluhan warga maya mengenai karenah jiran mereka sehingga ada tahap bermasam muka gara-gara isu yang satu ini. Terbaharu, seorang pelayar Facebook, Anieyta Bahrum, meluahkan rasa tidak puas hati kerana mendapat nota amaran daripada seorang jirannya kerana tindakannya memarkir kereta di kawasan yang kononnya milik individu berkenaan. "Mohon pencerahan... baruk tok diam di flat dapat notis macam tok dah berapa kali. (Mohon pencerahan. Baru ni tinggal di flat dapat notis macam ni dah banyak kali)," tulis wanita itu dalam loghat Sarawak pada hantarannya. Bertujuan meminta pandangan daripada warga maya, wanita tersebut dalam pada itu secara sinis memerli jirannya kerana sesuka hati membuat kawasan parkir seperti hak mutlak mereka. "Parking di flat tok datok ninek nya pun kali o (Parking di flat ni atuk nenek dia punya kot)," Baru ni tinggal di flat dapat notis macam ni dah banyak kali. Dia turut memuat naik gambar sekeping nota amaran yang diterimanya. ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk berdekatan taman permainan anggap parkir awam di situ ‘hak’ mereka, orang luar park dapat ugutan! "Amaran terakhir! Tolong jangan parking di sini. Kami bila-bila sahaja balik dan nanti tak ada tempat parking. Terima kasih," demikian amaran yang tertera pada nota tersebut. Perkongsian wanita berkenaan sehingga kini meraih 212 shares di Facebook. Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya berpandangan bahawa jirannya melakukan kesalahan kerana 'menempah' petak parkir awam. Malah ada yang mencadangkannya membuat laporan kepada pihak berkaitan kerana mendapat ugutan. "Parking tanpa geran dikira sebagai common area, tidak boleh dicop dan first come first serve basis. Yang cop car park tu, kalau dah tahu siapa, boleh report KPKT Tempatan buat repot polis untuk keselamatan sebab ada kes kereta kena kacau. "Balas balik, itu parkir awam! Tak perlu nak cop. "Ini mesti perempuan yang tulis... perempuan kan sentiasa betul,"demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube