suria

Jom balik kampung! Tol percuma selama dua hari sempena Deepavali

Kerajaan memberikan pengecualian tol sempena Deepavali selama dua hari. -Gambar hiasan

KERAJAAN bersetuju memberikan tol percuma kepada pengguna lebuh raya selama dua hari, sempena sambutan perayaan Deepavali.

Tol percuma itu akan bermula pada 11 November (Sabtu) jam 12.01 pagi sehingga 12 November (Ahad) jam 11.59 malam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: Jom balik kampung, PM umum Tol Rahmah percuma selama 4 hari sempena Aidilfitri... saman pun ada diskaun!

"Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan kesemua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat kaum India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali.

"Ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan," katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, pemilihan tarikh ini juga bertujuan bagi mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar.

Dianggarkan jumlah trafik dalam masa dua hari tersebut adalah sebanyak 11.8 juta kenderaan.

Dengan pelaksanaan tol percuma, Kementerian Kerja Raya (KKR) menasihatkan agar pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang tersebut selain merancang perjalanan dengan sebaiknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain