SETIAP kali mahu membeli barang di platform e-dagang, kita biasanya akan membaca reviu yang pernah ditulis oleh pelanggan. Terbaharu, tular tangkap layar reviu produk telefon oleh seorang pelanggan yang cukup meruntun emosi. Meskipun memberikan rating lima bintang, pelanggan itu berkata dia tidak dapat memberi komen tentang kualiti telefon berkenaan. Tangkap layar ulasan produk itu. Ujarnya, telefon yang dibeli untuk bapanya tidak sempat digunakan selepas insan penting dalam hidupnya itu pergi buat selama-lamanya. "Aku beli handphone ni untuk abah. Tapi Ahad lepas abah telah pergi buat selama-lamanya," tulisnya ringkas. ARTIKEL BERKAITAN: Tak mampu beli hadiah mahal, bapa tinggal sebungkus roti coklat... Paling sebak baca nota tulisan tangan ucapan hari lahir Dia turut memuat naik foto ahli keluarga yang sedang mengusung keranda di dalam rumah. Tangkap layar reviu individu itu di Shopee dikongsi semula oleh seorang pelayar Twitter pada Jumaat. Namun, tarikh kematian serta identiti sebenar pelanggan itu tidak dinyatakan dalam hantaran berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube