FASILITI kelas pertama, namun mentaliti kelas ketiga. Demikianlah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan keadaan taman permainan interaktif air di TRX Exchange Mall, Kuala Lumpur yang terpaksa ditutup sementara gara-gara dilaporkan rosak angkara sikap segelintir pengunjung yang tidak bertanggungjawab. Menerusi satu hantaran akaun @SkyscrapersMY di laman X, kelihatan penghadang diletakkan di taman permainan interaktif air berkenaan bagi tujuan kerja-kerja pembaikan.. "Tak sampai seminggu dibuka, permainan interaktif air di 'mall' Exchange TRX rosak dan terpaksa ditutup buat sementara. "Permainan tersebut memang dikhaskan untuk kanak-kanak bermain air, tetapi ia bukanlah sebagai kolam untuk mandi berendam atau berkubang," demikian ciapan yang ditulis pada akaun berkenaan. Untuk makluman, TRX Exchange Mall merupakan sebuah kompleks beli-belah yang menempatkan pelbagai outlet berjenama mewah. Keadaan taman permainan interaktif air di TRX Exchange Mall ketika mula dibuka. -Gambar TikTok Selain itu, salah satu tarikan yang menjadi perhatian pengunjung adalah taman permainan interaktif air yang dilengkapi air pancut. Fasiliti itu dibina khusus untuk kanak-kanak bagi aktiviti rangsangan deria, namun ia 'disalah guna' oleh pengunjung sebagai waterpark. ARTIKEL BERKAITAN: Akibat malas guna tangga, kepala kanak-kanak hampir dipijak! Ibu panas hati budak tak reti bahasa panjat ’slide’ dari bawah Malah gelagat pengunjung terutama kanak-kanak yang bersuka-ria di taman permainan interaktif air berkenaan menjadi tular di media sosial sehingga mengundang rasa kurang senang warga maya. "Yang mak ayah pun tak ada common sense. Nampak macam tu tempat berendam ke? "Apabila mak ayah M40 B40 bawa anak pergi berhibur dekat tempat T20 "Semua buat perangai macam tak pernah nampak air. "Fasiliti kelas pertama, mentaliti kelas ketiga," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube