suria

The Star menang Anugerah Media Pembinaan CIDB 2023

Bavani M dan Shalini Ravindran memenangi tempat kedua AMP CIDB 2023. -MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

KUMPULAN Media Star Berhad memenangi tempat kedua dalam kategori Media Cetak dan Portal Berita (Berita dan Rencana) sempena Anugerah Media Pembinaan (AMP) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 2023 pada Isnin malam.

Dua wartawan StarMetro, Bavani M dan Shalini Ravindran menang dalam kategori berkenaan menerusi laporan bertajuk No Room for Pedestrians.

Mereka membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta trofi dan sijil pada acara yang berlangsung di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.

Nanta bersama pemenang Anugerah Media Pembinaan 2023 berlangsung di  WTC di Kuala Lumpur. - Foto Muhamad Shahril Rosli /The Star

Alexander bersama pemenang Anugerah Media Pembinaan 2023 berlangsung di WTC di Kuala Lumpur.

Penyampaian anugerah AMP 2023 kepada 17 wartawan dan jurugambar pada acara itu disampaikan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

AMP 2023 adalah kali ke enam dianjurkan CIDB Malaysia bersama Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi memberi penghargaan kepada media yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran mengenai inisiatif kerajaan khususnya dalam industri pembinaan.

Selain itu buat pertama kalinya juga Anugerah Infografik diperkenalkan dalam AMP kali ini menjadikan sebanyak 176 penyertaan diterima CIDB sejak penyertaannya dibuka Ogos lalu.

Media Appreciation Night & CIDB Construction Media Awards 2023 at the World Trade Center (WTC) in Kuala Lumpur.— MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Alexander pada majlis yang diadakan pada malam Isnin.

Sementara itu Alexander dalam ucapannya melahirkan harapan agar anugerah itu menjadi platform bagi mengukuhkan hubungan kementerian dengan media, memupuk pertukaran idea, dan membangunkan pendekatan praktikal untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh pihak media dalam industri pembinaan.

“Pengukuhan peranan dan sumbangan rakan media berhubung isu-isu berkaitan pembangunan infrastruktur negara adalah amat penting kerana media adalah medium perhubungan antara kerajaan dan rakyat,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Ketua Setiausaha Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain