suria

“Abang, mommy cuba kuat” – Ibu Zayn Rayyan kongsi rasa hati, lagu ‘Salam Terakhir’ undang sebak

Ismanira berkongsi foto bersama Zayn Rayyan di Instagram.

RINDU yang tidak berpenghujung.

Mungkin luarannya nampak tenang tapi di dalam hati Ismanira Abdul Manaf selepas kehilangan anak tersayang hanya Tuhan saja yang tahu.

“Abang, mommy cuba kuat ye abang,” tulis Ismanira sambil berkongsi tiga foto anak syurganya, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di akaun Instagram, pagi Ahad.

Keceriaan wajah Allahyarham Zayn Rayyan.

Tiga foto tersebut menunjukkan kemesraan hubungan dua beranak yang jelas menyaksikan keceriaan di wajah Zayn Rayyan.

Lebih memilukan, hantaran tersebut diiringi lagu Salam Terakhir nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad yang mengundang sebak netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan salahkan ibu Zayn Rayyan! Bapa tunggal 3 anak istimewa minta faham sifat autisme - “Tuduhan cuai seolah bunuh maknya pula”

ARTIKEL BERKAITAN: “Rindu sangat... tunggu mommy tau, abang” - Ibu Zayn luah rasa rindu, pemergian anak sulung tiada ganti

Di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati dan mendoakan wanita itu tabah menghadapi ujian.

Menerusi carian mStar di laman Instagram Ismanira @izzmanaf mendapati banyak gambar arwah Zayn Rayyan yang gembira ketika beriadah dan bercuti bersama keluarganya.

Allahyarham Zayn Rayyan yang hilang sejak tengah hari Selasa 12 Disember lalu ditemukan meninggal dunia di sebatang anak sungai, yang terletak kira-kira 200 meter dari kediamanannya di Damansara Damai, pada Rabu malam.

Polis percaya mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di lokasi dia ditemukan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata hasil bedah siasat mendapati kesan luka pada leher dan tubuh mangsa berpunca daripada pergelutan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain