suria

Alami kesukaran bernafas, 8 bomba dipanggil untuk angkat lelaki seberat 200kg

Mangsa diangkat oleh lapan anggota bomba sebelum dihantar ke hospital.

SEORANG lelaki obesiti seberat kira-kira 200 kilogram (kg) terpaksa diangkat oleh lapan anggota bomba selepas mengalami kesukaran bernafas di tapak pembinaan di Persiaran Bayan Mutiara, Georgetown, Pulau Pinang pada Sabtu malam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 8.45 malam daripada orang awam memaklumkan kejadian itu.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Jalan Perak telah dihantar ke lokasi,” katanya.

Jurucakap itu berkata, mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an separa sedar dan mengalami kesukaran bernafas.

Katanya, mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan St John di lokasi.

Beliau berkata berikutan berat mangsa, anggota bomba terpaksa menggunakan selimut khas untuk mengangkatnya ke atas pacuan empat roda milik majikannya.

Mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Operasi tamat kira-kira jam 10 malam. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain