suria

Jom menang kereta! Pelbagai hadiah eksklusif, ganjaran lumayan menanti pengunjung bertuah sempena ulang tahun ke-8 Aman Central

Pemenang bulan November kempen Appreci8th Celebration menerima hadiah daripada Eksekutif Kanan Pemasaran dan Komunikasi Aman Central, Ng Lay Heong.

SEMPENA sambutan ulang tahun yang ke-8, destinasi membeli-belah terkemuka di Kedah, Aman Central menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk hadiah utama iaitu sebuah kereta bagi menghargai pengunjungnya.

Menerusi kempen 'Appreci8th Celebration', pengunjung hanya perlu berbelanja maksimum sebanyak RM300 dalam gabungan dua resit di mana-mana outlet di Aman Central untuk melayakkan mereka mendapat satu peluang penyertaan cabutan bertuah.

Apa yang mengujakan adalah pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah eksklusif, termasuk sebuah kereta model baharu Mitsubishi!

Pengurus Kanan Pemasaran dan Komunikasi Aman Central, Ken Chin berkata, kempen itu bermula dari 26 Oktober 2023 hingga 25 Februari 2024.

"Hari ini, Aman Central disertai lebih 300 penyewa hebat yang membolehkan pengunjung khususnya dari Utara untuk meneroka lebih banyak jenama dan gaya hidup.

"Sebagai tambahan kepada promosi pemasaran seperti kempen sambutan Appreci8th Aman Central, kami juga berharap dapat memperkenalkan lebih banyak inisiatif digital untuk menarik minat pengunjung kami dengan lebih baik dan membantu peruncit mengembangkan perniagaan," katanya.

Lebih banyak berbelanja, semakin tinggi peluang untuk menang!

Print

Lima pemenang bertuah kempen 'Appreci8th Celebration' sempena sambutan ulang tahun Aman Central ke-8.

Bagaimana caranya untuk menyertai kempen 'Appreci8th Celebration'? Mudah je! Anda hanya perlu berbelanja maksimum RM300 dalam gabungan dua resit di mana-mana outlet di Aman Central.

Bukan itu sahaja, jika anda menyertai peraduan Appreci8th Rewards di Facebook, anda masih boleh mengambil bahagian dengan hanya perlu follow, tag, repost semula dan menerima satu peluang penyertaan bonus.

Anda boleh melayari laman Facebook Aman Central untuk maklumat lanjut.

TheStarOnline-830x560

Pelbagai hadiah menarik termasuk hadiah utama iaitu sebuah kereta untuk dimenangi.

Menariknya, kempen ini akan memberikan hadiah Appreci8th terhad kepada 300 penyertaan pertama dan sepasang Fipper Basic untuk 50 pengunjung bertuah seterusnya.

Appreci8th Celebration menawarkan hadiah daripada penyewa dan pelbagai jenama terkenal seperti Auto Gallery Mitsubishi Motors, Gens Great Idea, TOMEI, ecoBrown's, DOME, New Era, Lotus's, LokalTeez, Elrah Exclusive, Fipper dan Medi Beaute.

Jadi tunggu apa lagi? Jom sertai kempen 'Appreci8th Celebration' untuk memenangi hadiah daripada pelbagai jenama eksklusif. Sambil membeli-belah, sambil menang hadiah!

Ikuti perkembangan di Aman Central dengan layari laman web www.amancentral.com.my, www.facebook.com/AmanCentralAlorSetar dan www.tiktok.com/@amancentraltiktok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain