suria

Pemuda maut motosikal terbabas masuk masjid, bilal sempat ajar mengucap

Mangsa maut selepas terbabas dan melanggar tiang dalam ruang masjid berkenaan. -Gambar media sosial

SEORANG penunggang maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas masuk ke dalam ruang solat di Masjid Guar Lobak, Padang Serai, Kulim, awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian pukul 5.45 pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan usia 20an, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut bilal masjid, Shukri Mohamad, kejadian berlaku selepas sebuah van kilang yang berhenti di hadapan masjid itu beredar dan secara tiba-tiba motosikal yang ditunggangi mangsa meluru masuk dengan laju dan melanggar tiang dalam masjid.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemergian yang dicemburui... Pesara TUDM meninggal dunia ketika solat Isyak berjemaah di masjid

Shukri berkata ketika kejadian, dia baru saja sampai di masjid berkenaan untuk melakukan persiapan dan melaungkan azan subuh.

"Mangsa terjatuh pada dua tiang di hadapan manakala motosikalnya pula terpelanting kira-kira tiga meter daripada mangsa.

"Saya terus meluru ke arah mangsa dan ketika itu ternampak mangsa berlumuran darah malah saya sempat mengajar mangsa mengucap dua kalimah syahadah dan turut dibantu jemaah lain tiba tidak lama kemudian," katanya, memetik Buletintv3.

Tambah Shukri, jemaah masjid kemudian menghubungi ambulans serta pihak polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain