HARI bahagia Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam semakin hampir. Mengikut ketetapan, mereka bakal bernikah pada 11 Januari 2004 manakala Istiadat Perkahwinan kerabat Diraja Brunei itu dijadualkan akan berlangsung selama lapan hari. Perkhabaran penyatuan merpati dua sejoli itu bertiup secara mengejut pada awal Oktober tahun 2023 yang memberikan tamparan hebat kepada peminat anakanda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah itu. Terbaharu pada Ahad, Putera Mateen melalui laman Instagram @tmski memuat naik gambar bersama bakal suri hatinya. ARTIKEL BERKAITAN: “Hari patah hati antarabangsa” - Ramai terkejut Putera Mateen nak kahwin Januari tahun depan, istiadat berlangsung 8 hari ARTIKEL BERKAITAN: Dayang Anisha gadis paling bertuah di dunia... Ini 12 trivia suri hati Putera Mateen, rupanya ada abang kacak! Gambar berkenaan dipercayai julung kali dipaparkan di media sosial secara rasmi. Pada ruangan kapsyen, Putera Mateen dilihat menulis ucapan selamat maju jaya kepada semua menjelangnya tahun baharu 2024. "Saya mendoakan yang terbaik untuk semua memasuki tahun 2024 ini," ujarnya. Sebagai makluman, teman wanita Putera Mateen iaitu Dayang Anisha atau nama penuhnya Anisha Isa Kalebic, merupakan cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa. Menjengah ke ruangan komen, warga tumpang gembira dengan hubungan pasangan itu namun tidak kurang juga pelayar yang bersedih kerana buah hati mereka sudah berpunya. "Saya mulakan tahun 2024 dengan berpatah hati, oh tidak! "Itu gambar 'suami saya' dengan isterinya. Gembira tapi tetap nak menangis! "Permulaan yang kurang baik untuk tahun 2024, sedihnya jiwa ini hanya Tuhan yang tahu," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube