suria

Wanita buang air besar depan homestay, buka seluar terus cangkung... Kawan tolong tutup dengan ‘shawl’

Tangkap layar rakaman pelancong China berak di perkarangan homestay di Cameron Highland.

PENGOTOR dan menjijikkan.

Begitulah perlakuan seorang gadis yang dipercayai pelancong dari China selepas didapati membuang air besar di perkarangan sebuah homestay di Kea Farm Cameron Highlands, Pahang.

Menerusi video tular, kelihatan dua wanita keluar dari rumah dan berjalan-jalan di perkarangan homestay berkenaan.

Wanita yang memakai baju putih kemudian dilihat menoleh ke kiri dan kanan berulang kali seolah-olah sedang mencari 'port' untuk membuang air besar.

Kedua-dua mereka dilihat meninggalkan lokasi secara tergesa-gesa.

Kedua-dua mereka dilihat meninggalkan lokasi secara tergesa-gesa.

Tanpa diduga wanita tersebut terus membuka seluar dan mencangkung di tengah laluan homestay berkenaan.

Pada masa sama seorang lagi wanita segera berdiri di belakang rakannya itu sambil cuba menutup aktiviti menjijikkan itu dengan shawl miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berkelakuan buruk di lapangan terbang, pelancong China pukul polis selepas dihalang masuk pesawat

Selepas selesai 'membuang hajat', kedua-dua mereka dilihat bergegas meninggalkan lokasi itu tanpa membersihkan najis terlebih dahulu.

Menurut pelayar X, tingkah laku menjijikkan itu membuatkan penduduk setempat marah.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya meninggalkan reaksi kurang senang.

"Binatang pun berak cari tanah, gali, kais tutup.

"Pernah borak tanya pelancong China kenapa berak merata, mereka cakap sebab tandas kita guna air dan lantai basah... jadi rasa tak selesa nak guna tandas.

"Senangnya perjalanan. Rasa nak berak, stop terus cangkung.

"Longkang tepi tu je... kalau dah terdesak sangat la, nak juga tengah jalan," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain