suria

Pelik perangai! Ada yang suka tengok pemandu lori tumbuk anggota JPJ sedang jalankan tugas - “Tiba-tiba rasa puas”

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

VIDEO seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang ditumbuk oleh seorang pemandu lori tular di media sosial sejak Selasa.

Pada permulaan video, anggota JPJ itu bersama seorang lagi rakan setugasnya dilihat menaiki sebuah kereta sambil mengekori lori berkenaan.

Salah seorang anggota JPJ itu turut menggunakan isyarat tangan dan membunyikan siren bagi meminta pemandu lori tersebut untuk berhenti.

Pelaku kemudian memberhentikan lorinya di sebuah kawasan sebelum dia keluar dan memaki hamun dua petugas itu.

Lebih mengejutkan, dia turut bertindak ganas dengan menumbuk salah seorang anggota JPJ yang mengekorinya.

Video berdurasi lebih seminit itu tular di media sosial dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Langgar anggota JPJ sampai terpelanting! Mat rempit Y125ZR rupanya tiada lesen, insuran

Apa yang menjijikkan, segelintir netizen dilihat berjenaka tentang kejadian itu, seolah-olah menyokong tindakan pemandu berkenaan.

"JPJ tu memang nak cari kesalahan pada orang awam. Kan mendapat.

"Tiba-tiba terasa puas.

"Terima kasih abang lori," tulis beberapa netizen di Facebook.

Namun, ramai netizen turut menyelar tindakan pemandu lori itu dan berharap dia dikenakan hukuman yang sewajarnya.

"Kerja bodoh. JPJ tahan berhenti je la. Akhirnya kena 'kutip' juga.

"Ini bukan samseng, ini bodoh. Elok-elok benda boleh saman, tak pasal-pasal kena dakwa," tulis netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain