suria

Gempar! Orang awam jumpa mayat wanita tanpa kepala, kaki dan tangan dalam tong sampah tepi jalan

Mayat wanita tanpa tak cukup sifat ditemukan dalam tong sampah tepi jalan.

MENYAYAT hati.

Mayat seorang wanita ditemukan dalam keadaan bogel tanpa kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki di dalam tong sampah di jalan besar Alor Gajah-Tampin, Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mayat tidak cukup sifat itu telah ditemui oleh orang awam sebelum memaklumkannya pada polis kira-kira pukul 2 petang, Ahad lalu.

Ujarnya, sepasukan pegawai bersama-sama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Hospital Alor Gajah telah ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

“Siasatan di tempat kejadian menemui mayat seorang wanita dalam keadaan berbogel disyaki berusia sekitar 20-an hingga 30-an yang tidak cukup anggota badannya.

“Kita percaya kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki si mati telah dipotong. Anggota badan yang hilang bagaimanapun tidak ditemui di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, lokasi penemuan mayat adalah di tepi jalan raya dan terletak kira-kira 100 meter daripada sebuah rumah kosong.

Mengulas lanjut beliau berkata, mayat tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian serta kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Setakat ini polis telah membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas dua kes orang hilang tetapi hasilnya negatif.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain