VIDEO seorang remaja yang sedang dibuli oleh seorang pelajar sekolahnya tular di media sosial sejak Jumaat malam. Menerusi video itu, pelaku dilihat duduk di atas badan mangsa ketika mereka bergelut di dalam kawasan semak. Pembuli turut mengambil plastik berisi daun kering sebelum membuangnya ke atas kepala mangsa. Pembuli turut memegang tangan mangsa dengan kasar sambil dia dirakam oleh seorang individu. Kes itu meraih perhatian ramai selepas penyanyi rap dan aktivis sosial, Caprice berkongsi rakaman berkenaan menerusi Instagram. ARTIKEL BERKAITAN: Budak lelaki meraung disepak, dibalun guna kayu! Kawan satu dorm hanya ketawa, terhibur tengok mangsa merayu "Sebagai Yang Berhormat (YB) Mont Kiara, Cap (Caprice) harap pihak sekolah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat cari budak-budak ni. "By the way, inilah namanya membazir masa pergi sekolah," tulis Caprice di Instagram. Melihat pakaian pelaku, baju yang dipakaiya tertera nama sekolah yang terletak di sebuah kawasan elit di ibu kota. Netizen di ruangan komen turut meluahkan rasa berang dengan kejadian itu dan berharap pelaku dikenakan tindakan tegas. Malah, beberapa netizen turut mendakwa pembuli itu merupakan anak kepada seorang anggota polis. "Tahniah dik. Satu Malaysia dah kenal kau dik. "Dengar-dengar yang pukul ni anak polis. "Lantak dia la anak polis ke apa. Tindakan sepatutnya perlu diambil," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube