suria

Seorang maut, rakan masih tertimbus dalam runtuhan kuari

Seorang individu maut dalam runtuhan kuari di Saujana Putra.

SEORANG lelaki maut dalam kejadian runtuhan tanah di tapak kuari di Bandar Saujana Putra, Banting, Kuala Langat, Selangor, pada Khamis.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima laporan pada pukul 4.32 petang.

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang dikejarkan ke lokasi sebelum mendapati mangsa yang maut telah dikeluarkan oleh orang awam.

"Setibanya di lokasi, pemeriksaan mendapati berlaku tanah runtuh di kawasan kuari dengan kedalaman 1.2 meter.

"Ia mengakibatkan dua mangsa tertimbus dengan seorang daripadanya maut selepas berjaya dibawa keluar dengan bantuan orang awam.

"Dia sudah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Pada masa ini, pasukan bomba sedang berusaha menyelamatkan seorang lagi mangsa yang dipercayai masih tertimbus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain