SEORANG pelajar perempuan cedera selepas dia dilanggar sebuah motosikal di hadapan sekolahnya pada Khamis. Video menunjukkan mangsa yang sedang terbaring di atas jalan raya tular selepas dikongsi orang awam menerusi media sosial. Menurut pemilik video, penunggang motosikal berkenaan merupakan seorang lelaki warga asing yang berasal dari Nepal. Apa yang menghairankan, lelaki warga asing itu menunggang sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran tempatan, dipercayai dimiliki oleh orang lain. "Depan sekolah SMK Keladi, warga Nepal bawa motor, dia langgar sedangkan ada security dah tahan, dia teruskan perjalanan, dia langgar budak sekolah. Motosikal dipercayai milik rakyat Malaysia yang ditunggang warga asing itu. "Mari kita viral. Warga asing, dia langgar budak nak keluar sekolah sedangkan ada guard jaga. Tu nampak budak sekolah. Guard dah tahan. "Ni bangang ni dia terus langgar. Ni muka dia kita tunjuk. Ni motor dan nombor plat dia," ujar seorang lelaki sambil membuat rakaman video. Kejadian itu dipercayai berlaku di negeri Kedah. Netizen di laman X turut menyuarakan rasa simpati terhadap mangsa dan berharap pelaku dikenakan tindakan tegas. "Sebab tu la warga asing ni tak boleh sesuka hati bawa kenderaan tanpa lesen. "Puak-puak ni apabila dah langgar orang, muka 'seposen' je. "Pihak berkuasa kena ambil tindakan tegas supaya ia tak berulang," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube