suria

Tak sempat sarung baju, 7 tukang urut separuh bogel kena cekup ketika asyik layan pelanggan

Salah seorang tukang urut yang ditahan dalam Op Gegar. -Gambar FB JIM Pahang

SERAMAI tujuh wanita warga asing tidak sempat menyarungkan baju ketika pasukan penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang menyerbu sebuah pusat urut di Kuantan, Khamis malam.

Kesemua wanita berkenaan dalam keadaan separuh bogel sedang leka mengurut pelanggan masing-masing tanpa menyedari kehadiran penguat kuasa imigresen dalam Op Gegar.

JIM Pahang berkata, serbuan Op Gegar pada pukul 8.30 malam itu membawa kepada penahanan enam wanita warga Thailand dan seorang wanita warga China berusia antara 28 hingga 44 tahun.

"Mereka dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang pas yang sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang dikeluarkan.

"Pelanggan serta penjaga premis warga tempatan juga dikeluarkan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan," menurut JIM Pahang dalam satu kenyataan di Facebook, pada Jumaat.

Tujuh wanita warga asing berusia antara 28 hingga 44 tahun ditahan. -Gambar FB JIM Pahang

Selain itu, pasukan operasi yang terdiri daripada 20 pegawai itu turut menyerbu 10 premis lain seperti kilang, kedai makan, kedai jahit dan kedai runcit.

"Hasil serbuan, 11 lagi warga asing ditahan terdiri daripada empat warga Indonesia, Bangladesh (2) dan masing-masing satu dari Kemboja, Thailand, Myanmar, Pakistan dan India.

"Semua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Kemayan untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurut JIM Pahang, pihaknya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras pendatang asing tanpa izin (Pati) di negeri itu.

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap Pati dan mana-mana pihak yang melindungi Pati," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain