suria

Lebih 15,000 dirawat di Pusat Rehabilitasi Perkeso sejak 2014, dua daripada tiga individu hilang upaya berjaya pulih

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong meninjau prasarana yang terdapat di Pusat Rehablitasi PERKESO Tun Abdul Razak.

PUSAT Rehablitasi Perkeso Tun Abdul Razak (PRPTAR) milik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Melaka memberikan peluang kedua kepada pencarum dan bukan pencarum hilang upaya.

Secara purata, dua daripada tiga individu terbencana telah menjalani rawatan di PRPTAR berjaya pulih.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, memaklumkan, seramai 15,214 individu telah menerima rawatan di PRPTAR yang merupakan pusat rehabilitasi pertama di Malaysia dan Asia Tenggara.

Di sini, rehabilitasi perubatan dan latihan vokasional diintegrasikan sejak ia mula dibuka pada Oktober 2014 sehingga kini.

"Ini adalah manifestasi kementerian dalam memperjuang kebajikan pekerja di Malaysia bertepatan dengan tiga indikasi utama KSM merangkumi pengukuhan kebajikan pekerja, peningkatan kemahiran serta keberhasilan pekerja.

"Rawatan di PRPTAR ini bukan hanya meliputi pencarum Perkeso, tetapi mereka yang bukan pencarum Perkeso juga layak menjalani rawatan pemulihan disini melalui pembiayaan sendiri dalam usaha mereka untuk bangkit semula," ujarnya.

Turut hadir membuat kunjungan sulung PRPTAR adalah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Selain itu, Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed juga menyertai program.

"Saya turut dibawa meninjau meninjau operasi Klinik Rehabilitasi Neuro- Robotik dan Cybernics pertama di Asia Tenggara yang mula beroperasi pada Ogos tahun lalu.

“Ia merupakan program baharu yang ditawarkan Perkeso dengan penggunaan teknologi neurorobotik terkini seperti ‘Robot Suit HAL’ dan terapi neuromodulasi.

”Terapi neuromodulasi pertama seumpamanya di Malaysia ini adalah rawatan rangsangan kepada otak dan sistem saraf yang berupaya menghasilkan laluan saraf baharu atau memperbaiki laluan saraf yang terjejas akibat kecederaan atau penyakit,” kata Steven kepada pemberita

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain