suria

Penduduk di Puchong gempar bunyi tembakan, lelaki dikehendaki polis ditembak mati

Pasukan polis forensik memeriksa kenderaan dalam kejadian tembakan.

DIKEMASKINI

PENDUDUK di Puchong Prima, Selangor digemparkan dengan insiden tembakan, pada petang Ahad.

Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana mempunyai banyak rekod jenayah lampau maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian berbalas tembakan di hadapan Apartment Sri Acasia, Taman Puchong Prima.

"Dia merupakan individu dikehendaki polis dan mempunyai tujuh rekod jenayah dan enam rekod kesalahan narkotik.

"Siasatan lanjut dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya," katanya.

Beliau berkata, polis juga mengesan satu rakaman video berkait kejadian ini tular di media sosial.

"Kita menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan video berkenaan bagi mengelak kegusaran masyarakat,” katanya.

Terdahulu, tular video mengenai kejadian yang dirakam dari apartmen berhampiran, menunjukkan beberapa lelaki, dipercayai anggota polis berpakaian biasa, menjerit sebelum satu das tembakan kedengaran

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain