suria

Pelajar warga asing selamba sebar gambar seksi, jana pendapatan ribuan ringgit

Antara yang ditahan dalam serbuan di lima lokasi. Gambar Jabatan Imigresen

BERMODALKAN gambar seksi yang disebarkan menerusi aplikasi Telegram dan WhatsApp, pelajar warga asing mampu menjana pendapatan sehingga ribuang ringgit sehari.

Bagaimanapun, kegiatan mereka berjaya dilumpuhkan selepas Jabatan Imigresen (JIM) melakukan serbuan di beberapa premis menerusi Operasi Khas pelacuran dan pusat hiburan di lima lokasi berasingan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Jafri Embok Taha berkata, operasi ini dijalankan berdasarkan aduan dan risikan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selama sebulan.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diperoleh pasukan operasi telah diatur gerak ke lima premis iaitu dua premis pelacuran serta tiga pusat hiburan dan berjaya menahan 141 orang warga asing termasuk warga tempatan berusia 18 hingga 44 tahun.

“Kesemua wanita yang ditahan melibatkan 117 orang iaitu 52 orang warga China, Vietnam (41), Thailand (21), Indonesia (dua) dan Laos (satu).

“Turut ditahan 14 lelaki melibatkan warga asing iaitu Bangladesh (lapan), Myanmar (empat) manakala Indonesia dan ‘stateless’ masing-masing satu. Tujuh lelaki dan tiga wanita warga Malaysia turut ditahan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, semakan awal mendapati 58 daripada warga asing yang ditahan memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS), Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), dan Pas Penggajian yang masih sah, sementara selebihnya tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan untuk berada di negara ini.

Jafri berkata, sindiket di dua premis pelacuran itu melakukan promosi wanita warga asing menggunakan gambar mereka melalui aplikasi media sosial Telegram dan WhatsApp dengan bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan adalah sekitar RM200 hingga RM500, manakala bagi khidmat penghantaran pelacur ke luar premis itu atau ‘outcall girl’ bayaran dikenakan antara RM800 hingga RM1,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain