suria

Kereta ‘terjun’ bangunan, pemandu lelaki 40-an cedera

Mangsa cedera selepas keretanya terjatuh dari tingkat dua.

SEORANG lelaki cedera selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan pada Sabtu malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kejadian berlaku di sebuah bangunan di Setia Alam.

Ujarnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11.30 malam.

"Di tempat kejadian sebuah kereta ditemui, ia jatuh dari tingkat dua bangunan itu. Mangsa telah diselamatkan dan dibawa ke Hospital Klang oleh orang awam sebelum bomba tiba," katanya.

Ahmad Mukhlis berkata, lelaki itu cedera ringan dan berusia dalam lingkungan 40-an. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain