KEHADIRAN pelancong luar sememangnya dialu-alukan bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di negara kita. Selain meneroka destinasi menarik, kunjungan mereka ke Malaysia pastinya tidak lengkap tanpa menikmati seleksi makanan tempatan yang ditawarkan. Terbaharu, video seorang pelancong mat salih yang membeli sebiji burger di sebuah gerai tepi jalan di ibu negara tular sehingga meraih perhatian ramai. Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut apabila sebiji burger daging di gerai itu dijual pada harga RM10, sedangkan ia biasanya dijual pada harga sekitar RM4 atau RM5 di kebanyakan lokasi lain di sekitar Kuala Lumpur. Malah, burger yang dibeli lelaki itu juga tidak diletakkan dengan telur atau keju, menjadikan harga RM10 yang dikenakan kepadanya seperti tidak masuk akal. Berdasarkan video yang dikongsi, burger lelaki itu hanya mengandungi roti, sekeping daging, sos, serta sayur-sayuran. Video dikongsi pelancong itu tular di media sosial. "Biasa eh? Tak ada cheese tak ada telur? RM10," ujar salah seorang lelaki yang menguruskan gerai itu kepada pelancong berkenaan. Berkongsi video reviu burger di Facebook miliknya, pelancong itu turut bertanyakan kepada para pengikut sekiranya dia telah ditipu oleh peniaga gerai berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Pelancong P.Pangkor kecewa! Kerusi berkulat, harga ikan bakar macam di KLCC... Terjawab kenapa ada yang tak travel lokal "Adakah saya betul-betul kena tipu dengan (peniaga) gerai burger ini?" tulisnya pada kapsyen menerusi hantaran video pada 13 Januari lalu. Video itu meraih lebih setengah juta tontonan dan turut dibanjiri dengan komen netizen yang tidak bersetuju dengan harga burger berkenaan. Segelintir individu turut membuat pautan kepada akaun rasmi Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan berharap peniaga itu dikenakan tindakan sewajarnya. "RM10 untuk burger biasa? Patutlah mereka nampak risau dan tidak senyum ketika awak rakam video. Rupanya mereka ambil kesempatan dan tipu awak. "Gila ke burger biasa RM10? Nak pergi haji balik hari ke? Ke sebab dia warga asing kau bedal letak harga RM10? "KPDN boleh tolong siasat? Harga burger biasa dia RM10. Melampau. Pelancong ditipu oleh vendor burger ini," gesa beberapa individu di Facebook. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube Jan