suria

Kereta pink tak sepadan gaya pemanduan! Wanita dikecam, bangga pecut ‘Perodua Barbie’ 180km/j di lebuh raya

Pemanduan berbahaya seorang wanita mengundang kecaman orang ramai.

WARNA merah jambu kebiasaannya dikaitkan dengan golongan gadis atau wanita yang berjiwa lembut serta sopan santun.

Namun, baru-baru ini tular video di laman X menunjukkan seorang perempuan memandu kereta jenis Perodua yang mempunyai banyak aksesori bertemakan Barbie secara berbahaya.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pada paparan meter kereta, wanita berkenaan memecut sehingga mencecah kelajuan 180 kilometer sejam (km/j) sambil dirakam rakan di sebelahnya.

"Uish kita dah nak terbang ni, mak aih, memang sampai Genting," kata rakan wanita itu terpegun dengan gaya pemanduan yang ditunjukkan.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya meragui kecekapan wanita itu sebagai seorang pemandu.

Keadaan di dalam kereta wanita terbabit.

"Tekan minyak laju memang boleh, tapi adakah kau punya refllex (tindak balas) cukup pantas sekiranya berlaku apa-apa kecemasan?

"Tengok kedudukan kau pegang stereng rapat ke dada macam tu pun aku dah tak yakin dengan skill pemanduan kau. Pemandu berpengalaman akan duduk ke belakang sikit dari stereng, senang untuk bertindak kalau ada sesuatu berlaku.

"Perempuan memang suka terpaling laju dekat highway, tapi bab nak tengok cermin sisi atau cermin belakang, bagi signal dan keluar simpang dengan berhemah, memang 'hauk'.

"Sebab tu kalau ada kereta yang bawa melulu, aku dah boleh agak pemandunya perempuan," ujar beberapa warga maya.

Dalam pada itu, warga maya lain pula menggesa agar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan segera ke atas wanita terbabit kerana ia boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

"Kalau nak ke syurga awal tak mengapa adik, tapi jangan ajak orang lain ikut sekali. Bangga ke tu langgar undang-undang dan post dekat media sosial, saya tag JPJ terus.

"Seingat saya had laju di lebuh raya cuma 110 km/j, ini dah jauh terbabas sangat ni. tolong pihak berkuasa angkut perempuan ni sebelum ada yang jadi mangsa angkara kecuaian dia," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain