SEORANG lelaki meraih perhatian netizen selepas dia membayar RM218 untuk menikmati hidangan nasi kandar di sebuah restoran di Pulau Pinang. Kisah pelanggan lelaki itu tular selepas ia dikongsi menerusi Facebook Nasi Kandar Sulaiman pada Sabtu. "RM218. Pecah rekod. All time biggest record. Seorang makan sampai RM200. Fuh saya sendiri tak sangka. "First orang masuk RM200. Amat-amat dahsyat. Unexpected. Orang Penang," tulis pengendali Facebook itu, Menerusi gambar yang dikongsi, pelanggan itu dihidangkan dengan sepinggan nasi kandar yang dipenuhi lauk. Dia juga turut memesan dua pinggan lauk berasingan yang dipenuhi dengan sotong. ARTIKEL BERKAITAN: Cinta nasi kandar! Pelanggan warga emas kekal romantis, dari dulu setia makan lauk sama... Total harga bawah RM10 “Sempoi, padu punya... surr!” kata pelanggan berkenaan menerusi satu rakaman video. Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa terkejut dengan selera luar biasa lelaki itu. Namun, ramai juga netizen yang turut tertarik melihat pelanggan itu memakai jersi pasukan bola sepak Arsenal. "Tudia. Baru dapat bonus ke? Kenyang sampai raya haji macam ni. "Jadilah juara nasi kandar. Nak jadi juara EPL asyik kena bottle je. Itulah Arsenal. "Fans Arsenal jarang tak padu. "Petanda Arsenal akan jadi juara tahun ini. "Sekali makan RM200. Esok nak berak pun sayang," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube