suria

Remaja 15 tahun direman tujuh hari, didakwa noda budak perempuan di rumah datuk

Melakukan perbuatan tidak senonoh adalah satu jenaya. -Gambar hiasan

PADAH melakukan perbuatan tidak senonoh kepada kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, seorang remaja lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, suspek berusia 15 tahun dan masih bersekolah itu telah ditahan selepas polis menerima laporan daripada ibu mangsa mendakwa anaknya telah dinodai sejak pertengahan tahun lalu.

“Kira-kira pukul 12.30 tengah malam Ahad, mangsa telah memberitahu ibunya mengenai kejadian yang berlaku pertengahan tahun lalu, pukul 4 petang.

“Kelmarin pula sekitar pukul 4 petang sehingga 5 petang, mangsa mendakwa suspek telah menodainya ketika berada di rumah di Bemban,” ujarnya.

Mengulas lanjut Christopher memberitahu, suspek kemudian telah muncul di rumah datuk mangsa di kawasan sama di Bemban sekitar pukul 5 pagi Ahad dan membawa kanak-kanak itu ke rumahnya di Chohong sebelum melakukan perbuatan tidak senonoh.

Ujarnya, suspek telah diberikan perintah reman selama tujuh hari sehingga 11 Februari ini bagi membantu siasatan.

“Perintah reman itu telah dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Jasin, Mohd. Firdaus Salleh bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

“Sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain