suria

Dua individu buat kacau atas Jambatan Pulau Pinang... Selamba tendang, libas penunggang motosikal

Dua individu ini dilihat mengganggu penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang.

JAMBATAN Pulau Pinang tidak lekang daripada pelbagai 'kontroversi'.

Terkini, tular satu rakaman video yang memaparkan dua individu yang menaiki motosikal mengganggu penunggang lain yang cuba memintas mereka.

Bukan sahaja menendang, malah wanita yang membonceng motosikal itu dilihat memegang tali panjang yang digunakan untuk melibas pengguna jalan yang lain.

Malah wanita yang memakai baju tidur berwarna merah jambu itu juga dikatakan membaling pasir ke wajah penunggang motosikal .

Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang pelayar meminta kesemua pengguna di Jambatan Pulau Pinang untuk berhati-hati.

"Ada pasangan lelaki dan perempuan baling pasir ke muka penunggang motosikal lain.

"Siapa yang lalu tepi mereka, semua mereka tendang dan libas dengan dawai... siap bawa parang lagi. Hati-hati ya.. Tolong pesan kat semua," tulisnya di Facebook.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan kebimbangan dan berharap tindakan tegas dapat dikenakan terhadap pasangan tebabit.

"Baik PDRM (Polis Diraja Malaysia) tangkap siap-siap sebelum ada yang mati. Nanti apabila ada yang mati, baru nak kata ada masalah mental... masa tu dah tak guna.

"Kalau tak salah, sebelum ni dah viral orang yang sama bawa parang... kenapa tak ada apa-apa tindakan?

"Saya biasa ternampak depa (mereka) dua ni dekat area Sungai Petani (Kedah), plate motor pun sama. Pernah pergi bank tapi tak tahu buat apa, lepas tu kena tegur dengan pengawal keselamatan sebab bau badan busuk tengit... sampai hari ini teringat," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Sebelum

Artikel Lain