suria

MCPF Selangor tawar ganjaran 20k, mahu suspek kes Zayn Rayyan ditangkap

Ganjaran wang dapat membantu dalam siasatan kes pembunuhan. -Gambar hiasan

YAYASAN Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menawarkan ganjaran sebanyak RM20,000 kepada mana-mana individu yang membantu kepada penangkapan suspek kes bunuh kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri A. Thaiveegan berkata, ganjaran tersebut bagi membantu menyelesaikan kes yang telah berlarutan lebih dua bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zayn Rayyan: Siasatan hampir 90 peratus, ada potensi tangkapan dibuat

“MCPF Selangor bersedia menawarkan ganjaran RM20,000 kepada sesiapa yang boleh membantu memberikan maklumat kepada polis Selangor untuk menangkap suspek-suspek dan boleh berjaya dituduh dengan jaya.

“Maka MCPF beri ganjaran RM20,000 melalui PDRM Selangor. Kita berharap ia sedikit sebanyak akan membantu polis (dari segi maklumat kukuh) dalam menyelesaikan kes tersebut,” ujar beliau ketika mengumumkannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, pada Selasa.

Untuk rekod, Zayn Rayyan, 6, disahkan dibunuh selepas penemuan mayatnya di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai Kuala Lumpur pada 6 Disember lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain