DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob membuat kejutan apabila mengumumkan beliau melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM). Keterujaan bekas perdana menteri itu dapat disaksikan apabila beliau berkongsi kad pelajarnya menerusi satu hantaran di Instagram, pada petang Khamis. "Alhamdulillah hari ini dapat kad pelajar. Rasmi, hari ini saya jadi pelajar. "Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar. Inilah yang dikatakan belajar sepanjang hayat," katanya yang berusia 64 tahun. Perkongsian Ismail Sabri di laman sosial. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci mengenai jurusan atau bidang yang diikuti di UUM. Selain ucapan tahniah, rata-rata netizen turut teruja dengan berita gembira yang dikongsikan Ismail Sabri. "Alhamdulillah, contoh yang bagus Datuk Seri. "Nanti jom YB (Yang Berhormat), buat assignment (tugasan) sekali dekat perpustakaan. "Pegawai pengiring pun kena masuk kelas ke Datuk Seri? "Jangan ikut member ponteng kelas YB," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube