suria

Jumpa 6 bangkai cicak dalam botol kicap! Wanita pesan tapis dulu sebelum guna

Kicap digunakan secara meluas dalam hidangan di negara kita.

KICAP merupakan antara bahan penting dalam menu-menu masakan di negara kita.

Malah, kicap juga popular dihidangkan begitu sahaja bersama telur dan nasi putih.

Terbaharu, seorang wanita tular di laman X selepas dia memuat naik foto bangkai cicak yang didakwa ditemui di dalam botol kicap.

"Pada peminat kicap, kalau boleh lepas beli tu tapislah dulu dan masukkan dalam botol lain.

"Ini dijumpai oleh kakak saya dalam botol kicap dia," ciapnya pada Jumaat.

Menerusi foto itu, kelihatan kira-kira enam ekor bangkai cicak yang diselaputi kicap.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan ikan bilis, rupanya bangkai cicak! Wanita kembang tekak jumpa reptilia cukup sifat dalam nasi lemak daun pisang

Hingga kini hantaran berkenaan meraih hampir 3,000 ulang kicau dan turut dihujani komen netizen.

"Serius ke ni? Aku dah la pakai kicap kat semua benda. Puasa kicap la nampaknya.

"Ni kira okey. Makcik pernah kena yang dah kering ya. Tinggal tulang je.

"Keluar pula news ni, aku tengah makan nasi dengan ayam masak kicap.

"Aku ni dah la penggemar kicap, lepas tu cicak pula binatang yang aku paling geli," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain