suria

Bakar kereta polis demi kejar ‘view’ di TikTok

Seorang lelaki bertindak membakar sebuah kereta polis bantuan.

SEORANG lelaki sanggup membakar kereta polis bantuan demi mendapatkan rating tinggi di TikTok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, perkara itu merupakan motif di sebalik tindakan suspek yang berusia 26 tahun itu.

"Suspek didapati positif dadah jenis morphine. Hasil siasatan mendapati suspek bekerja sebagai pekerja p-hailing selama tiga tahun,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata, polis merampas beberapa peralatan termasuk botol yang dipercayai mengandungi petrol, yang digunakan dalam kebakaran tersebut.

Terdahulu, dilaporkan seorang pekerja p-hailing ditahan selepas disyaki membakar kereta polis bantuan.

Kejadian berlaku di stesen MRT Mutiara Damansara pada awal pagi Khamis.

Siasatan awal mendapati suspek juga telah merosakkan dinding sebuah hentian bas.

Video berdurasi lima saat itu disiarkan di TikTok dengan kapsyen 'puas hati dapat bakar kereta polis'.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain