SEORANG lelaki yang selamba membuang air besar di hadapan sebuah rumah di Taman Stapok, Batu Kawa, Kuching, Sarawak, bakal berdepan dengan tindakan. Perkara berkenaan ditegaskan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Tan Kai yang turut mengutuk perbuatan lelaki berkenaan. Tan Kai dilaporkan berkata, pihaknya akan mengenal pasti identiti lelaki tersebut untuk diambil tindakan sewajarnya. "Kita akan periksa pemilik kereta terbabit dan memberikan hukuman sewajarnya," katanya ringkas. Terdahulu, tular satu klip video berdurasi 1 minit 33 saat di mana seorang lelaki berbaju merah dilihat mencangkung dan membuang air besar di hadapan sebuah rumah di Taman Stapok. ARTIKEL BERKAITAN: Jijik! Lepas berak dalam surau, lelaki ini mengamuk baling kerusi... Jumpa bukti ada najis di tempat wuduk Difahamkan, video itu dirakam oleh jiran bertentangan dari tingkat atas kediamannya. Ketika dirakam, sebuah kereta model Toyota berwarna putih dilihat memandu sedikit kehadapan, dipercayai untuk melindungi lelaki terbabit daripada dilihat orang ramai. Selepas selesai membuang hajatnya, lelaki itu segera masuk ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan tersebut. Video insiden itu dikongsikan di media sosial sebelum ia menjadi tular pada Khamis. Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki berkenaan yang tanpa segan silu membuang air besar di hadapan premis individu lain secara terbuka. "Sama je dengan anjing, berak merata-rata. "Agaknya dah biasa dari kecil macam tu. "Golongan tak bertamadun. Elok duduk dengan binatang dalam zoo, demikian komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube