SEORANG wanita berusia dalam lingkungan 20aan ditemui mati di dalam kereta yang diletakkan di kawasan parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, pada Selasa. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.07 petang. Menurutnya, kereta itu diparkir berdekatan Klinik Pakar, hospital berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Mayat lelaki ditemui dalam kereta, siap tinggalkan nota... Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lebih 5 hari "Setibanya di lokasi kejadian, didapati seorang mangsa terkunci di dalam kereta Toyota Camry. "Anggota bomba bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas dan mangsa yang berusia 20an diberi rawatan awal oleh pegawai kesihatan yang berada di tempat kejadian, namun dia disahkan meninggal dunia," katanya. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube