SEORANG lelaki warga Malaysia berusia 30 tahun telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan sembilan bulan di New Zealand selepas didapati bersalah menculik dan merogol pasangannya. Lelaki tersebut yang namanya tidak didedahkan, tiba di New Zealand pada Mac 2020. Dia diletakkan di dalam tahanan selama lebih setahun bagi menunggu perbicaraan atas tuduhan yang berpunca daripada beberapa siri insiden sejak Julai 2021, dan selepas dia melanggar perintah perlindungan dua kali dengan menghubungi mangsa ketika diikat jamin. Memetik New Zealand Herald, mahkamah mendapati mangsa tidak bersetuju untuk melakukan hubungan seks ketika dia bersama lelaki berkenaan pada 1 Julai 2021, yang membawa kepada pertuduhan merogol. Ketika bersama-sama melakukan 'road trip', mangsa 'ditahan' oleh lelaki berkenaan di dalam kereta yang juga bukan kemahuannya, di mana ia membawa kepada pertuduhan penculikan. Peguam kepada lelaki tersebut, Lee Lee Heah berkata, tertuduh tiba dari Malaysia pada Mac 2020 dengan visa bekerja sebelum dia bertemu dan kemudian 'jatuh cinta' dengan pengadu pada April 2021. Menjelang pertengahan 2021, pasangan tersebut tinggal di wilayah Tasman untuk bekerja dan menyewa sebuah bilik, yang mana kejadian rogol itu berlaku pada pagi mangsa sepatutnya menghadiri temu duga kerja di Nelson. Pada pertengahan November, lelaki tersebut menemui sesuatu di dalam telefon bimbit mangsa ketika dia sedang tidur, yang menurut mahkamah sebagai hubungan dengan individu lain. Pasangan tersebut bertengkar ketika dalam perjalanan ke Nelson dan mangsa sempat menghubungi polis. Pada Februari 2022, mangsa membuat laporan polis tentang apa yang berlaku dan lelaki itu telah diberikan perintah perlindungan sementara, termasuk syarat untuk tidak menghubungi mangsa. Namun dia melanggar perintah tersebut dan mengaku bersalah di atas dua pertuduhan yang dikenakan. -The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube