SEORANG penjaja makanan didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka atas 10 pertuduhan melakukan perbuatan seks luar tabii serta mencabul tiga remaja lelaki. Yusri Nadin, 57, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azaraorni Abd Rahman ketika dibicara pada Isnin. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan seks luar tabii terhadap seorang budak lelaki berusia 13 tahun dengan melakukan hubungan oral dengannya. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 30 tahun dengan hukuman sebatan. Selain itu, Yusri juga menghadapi enam lagi pertuduhan melakukan serangan seksual fizikal dengan mencabul bahagian sulit tiga remaja lelaki, kesemuanya berumur 13 tahun, mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Dalam masa sama, tertuduh didakwa dengan kesalahan memaksa salah seorang mangsa melakukan seks oral ke atas seorang lagi remaja lelaki, yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Siasatan polis terhadap Yusri mendapati dia menyimpan video lucah kanak-kanak melakukan perbuatan seksual dalam tiga telefon bimbitnya. Jika disabtikan dengan kesalahan, penjaja makanan itu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan disebat. Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di ladang kelapa sawit, ladang getah dan pusat beli-belah di Simpang Bekoh, Asahan, Jasin antara 23 Ogos 2023 dan Februari tahun ini. Mahkamah menetapkan 28 Mac untuk sebutan kes. -The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube