suria

2 ‘terbaring’ melecur teruk... MPV, motosikal terbakar depan rumah

Kebakaran membabitkan sebuah kereta MPV dan sebuah motosikal. -Gambar JBPM

KEBAKARAN membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan motosikal Honda C70 di hadapan sebuah rumah menyebabkan dua individu melecur hampir keseluruhan badan.

Kejadian itu berlaku di Taman Utama, Bercham di Ipoh, Perak, pada Rabu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Azman Hussin, sambil menambah pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 10.20 pagi.

Menurutnya, dua mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan wanita, masing-masing berusia 60-an dan 50-an.

"Kedua-dua mangsa itu melecur hampir keseluruhan badan. Ketibaan bomba di lokasi kejadian mendapati kedua-dua mangsa sudah terbaring di tepi kereta dipercayai sudah dibawa keluar oleh orang awam," katanya.

Azman berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Tambahnya lagi, punca kejadian masih dalam siasatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain