suria

Bekas Adun Tronoh tetap terima 2 sebatan akibat rogol amah Indonesia, hanya dapat ‘diskaun’ hukuman penjara

Hukuman penjara Yong dikurangkan kepada lapan tahun atas kesalahan merogol pembantu rumahnya.

MAHKAMAH Rayuan Putrajaya pada Jumaat mengekalkan sabitan yang dikenakan terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh di Perak, Paul Yong Choo Kiong atas kesalahan merogol pembantu rumahnya.

Bagaimanapun, hukuman penjara 13 tahunnya ke atasnya dikurangkan kepada lapan tahun dengan mengekalkan hukuman dua sebatan.

Hukuman itu bagi kesalahan merogol warga Indonesia berusia 23 tahun.

Keputusan hari ini dibuat panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Azman Abdullah (menolak rayuan Paul selaku perayu) manakala Hakim, Datuk SM Komathy menentang keputusan majoriti.

Dalam keputusan majoriti 2-1 itu, mahkamah memutuskan bahawa rayuan Yong berusia 54 tahun itu tidak mempunyai merit kerana hakim bicara membuat penghakiman yang betul dalam mensabitkannya.

Pada 27 Julai 2022, Mahkamah Tinggi Ipoh mendapati Yong bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia di dalam bilik di rumahnya antara pukul 8.15 malam dan 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Bagaimanapun, tertuduh diberi penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuannya. -The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain