SEORANG wanita mengalami kecederaan pada kepala dan lutut selepas kenderaan yang dipandunya terjunam dari tingkat satu kawasan parkir di sebuah bangunan di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur. Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kejadian berlaku pada pukul 1.05 tengah hari Jumaat. Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, dua jentera bomba, sebuah kenderaan perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS) dan 15 anggota bergegas ke tempat kejadian. ARTIKEL BERKAITAN: Kereta terjunam dalam air... 2 dewasa termasuk budak 3 tahun terkapai-kapai cuba selamatkan diri "Apabila tiba, mereka mendapati sebuah kereta terbalik dengan bumbungnya pecah. "Seorang wanita dalam kenderaan itu mengalami kecederaan di kepala dan lututnya," demikian menurut kenyataan tersebut. Mangsa diberi pertolongan cemas dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. "Punca kejadian akan disiasat oleh polis," kata kenyataan itu lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube