SEORANG juruwang wanita ditumbuk hingga lebam di muka dalam kejadian di sebuah pasar raya di Southkey dekat Johor Bahru, Johor pada Sabtu. Menurut mangsa yang dikenali sebagai Zuriani Mahmood, 25, insiden menyakitkan dan memalukan itu berlaku ketika pelanggan wanita yang bertindak kasar berkenaan mahu membuat bayaran di kaunter. Difahamkan pelanggan wanita berkenaan mahu memulangkan barang yang dibelinya. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mengamuk, serang suami di kafe... Rupanya ‘dating’ dengan janda, siap bawa anak ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Dakwa Ditumbuk Semasa Kemalangan "Wanita berkenaan ingin memulangkan salah satu barangan yang dibelinya dan saya meminta untuk tunggu sebentar kerana ia sudah masuk ke dalam sistem. "Secara tiba-tiba wanita tersebut memarahi saya dengan nada yang tinggi. "Selepas pembayaran dibuat wanita tersebut bertindak menumbuk muka saya," kata Zuriani menerusi laporan yang dibuat di Balai Polis Majidee pada Sabtu. Rakaman CCTV di premis berkenaan. Tambah Zuriani yang kini sedang hamil, dia mengalami bengkak di bahagian bawah mata kiri susulan kejadian itu. "Report dah dibuat, tunggu tindakan polis je. Maruah aku tercalar sebagai seorang cashier apabila customer buat macam ni depan orang ramai sedangkan itu salah sendiri. "Kalau setakat gaduh mulut boleh terima lagi. Tapi kau siapa untuk naik tangan dekat muka aku. Aku sertakan gambar dan CCTV customer. "Apa salah aku sedangkan aku dah terangkan, tapi kau tiba-tiba melenting. Aku memang takkan maafkan orang macam ni. Aku takkan tarik report ya," kata mangsa menerusi Facebook. Dia siap ajak settle luar kedai... saya tak expect langsung dia akan naik tangan. ZURIANI MADMOOD MANGSA Dalam pada itu Zuriani turut membuat penjelasan lanjut di ruangan komen dengan berkata proses pembatalan barangan yang sudah diimbas masuk ke dalam sistem juruwang perlu dilakukan pengurus bertugas. Keadaan itu mengambil sedikit masa kerana individu yang bertanggungjawab tidak berada berdekatan. Namun dakwa Zuriani pelanggan wanita itu mula berkelakuan kasar dengan memarahinya sambil menuduh dia bertindak biadab. "Dia panggil suami dia, cakap saya kurang ajar. Sorry, kurang ajar dekat mana? "Dia siap ajak settle luar kedai. Saya tak expect langsung dia akan naik tangan," dakwanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube