suria

Juruwang hamil bengkak ditumbuk, rupanya pelanggan tak puas hati tunggu lama

Tangkap layar video rakaman CCTV yang tular.

JURUWANG hamil yang ditumbuk pelanggan menerusi video pergaduhan yang tular, mengalami kecederaan sakit dan bengkak di bahagian bawah mata.

Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa berusia 25 tahun membuat laporan polis pada pukul 6.32 petang Sabtu lalu.

"Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku pada pukul 3.17 petang di sebuah premis dalam pusat beli-belah di Johor Bahru.

"Punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa kerana terpaksa menunggu lama bagi membatalkan pembelian satu barang dibeli suspek," katanya dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia siap ajak settle luar kedai” - Pelanggan wanita agresif, tumbuk muka juruwang mengandung

Raub berkata, suspek turut membuat laporan di Balai Polis Majidee pada pukul 9.14 malam keesokan harinya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun keseksaan.

Terdahulu, tular video rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian perselisihan faham apabila pelanggan wanita dilihat menumbuk muka juruwang sebelum meninggal kaunter premis tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain