suria

Doktor didakwa cabul pekerja wanita di klinik

Tertuduh hadir ke Mahkamah Majistret Bahau.

SEORANG doktor berusia 36 tahun dihadapkan ke mahkamah majistret di Bahau, Negeri Sembilan pada Selasa, atas dakwaan mencabul pekerja wanita.

Bagaimanapun, Dr Mohamad Amin Razaly mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan majistret, Norshazwani Ishak.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa berusia 25 tahun di sebuah klinik di Bandar Baru Serting dekat Bahau, kira-kira pukul 10.30 malam pada 19 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Kes dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya, Farahidah Zool Beri dengan mahkamah menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Menurutnya, tertuduh dan ahli keluarga dilarang untuk menghubungi atau menganggu mangsa.

Dr Mohamad Amin memberitahu mahkamah bahwa dia tidak dapat membayar jaminan kerana tidak mempunyai pendapatan selepas menutup klinik buat sementara waktu.

Menurutnya, dia perlu menanggung dua anak yang masih bersekolah, bayi dan mempunyai komitmen lain selain tiada punca pendapatan lain.

Magistret Norshazwani kemudian menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 29 April untuk serahan dokuman dan lantikan peguam. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain