suria

Dr Dzulkefly terima rawatan di hospital, disyaki alami gejala ‘renal colic’

Dr Dzulkefly menerima rawatan lanjut di hospital.

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dirujuk ke jabatan kecemasan pada awal pagi Rabu ekoran mengalami gejala ‘renal colic’.

Beliau bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan susulan.

Menurut Kementerian Kesihatan, Dr Dzulkefly telah dirujuk ke jabatan kecemasan pada awal pagi Rabu kerana disyaki mengalami gejala renal colic.

“Beliau kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

“Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih untuk bertugas,” kata kenyataan itu.

Gejala ‘Renal Colic’ boleh menyebabkan pesakit mengalami sakit di bahagian kiri atau kanan pinggang, bahagian bawah belakang badan atau abdomen.

Kesakitan itu boleh merebak ke kawasan pangkal paha atau bahagian sulit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain