suria

Penjualan stoking tulisan kalimah Allah cemar kesucian Ramadan... KK Super Mart mohon maaf

Stoking yang tertera kalimah Allah dijual di salah satu rangkaian KK Super Mart. -Gambar media sosial

SELEPAS kecoh di media sosial mengenai isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di salah sebuah cawangannya, pengendali kedai serbaneka, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) tampil membuat permohonan maaf.

Malah pihaknya turut mengambil tindakan serta-serta dengan memberhentikan penjualan stoking tersebut.

KK Super Mart dalam satu kenyataan berkata, pihaknya juga sudah berhubung dengan vendor untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu berkenaan.

"Untuk makluman, produk ini adalah produk consignment daripada pihak vendor.

"Kami juga sudah berhubung dengan pihak vendor untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu ini.

"KK Super Mart juga berterima kasih di atas keprihatinan warga umum yang menegur dan memberi komen terhadap isu ini, sekali lagi kami memohon maaf dan akan memastikan ia tidak berlaku lagi," katanya dalam kenyataan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka tidur atas sejadah, pemilik baru sedar ada kalimah Allah pada badan kucing... Anggap ada mesej yang mahu disampaikan

Sebelum ini, tular di media sosial tentang kewujudan stoking tertera kalimah Allah yang dijual secara terbuka di salah satu rangkaian kedai runcit tersebut, iaitu cawangan Bandar Sunway.

Perkara berkenaan turut menarik perhatian seorang pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang tampil mempersoalkan tindakan pengendali kedai serbaneka tersebut ekoran tidak peka dengan produk yang menyentuh sensitiviti orang Islam.

Dalam hantaran di Facebook miliknya, Firdaus turut meminta perkara berkenaan disiasat oleh pihak berkuasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain