suria

Ibu kelar anak sampai mati! Tergamak pula kirim gambar ngeri kepada suami menerusi WhatsApp

Tindakan kejam terhadap anak sendiri boleh dikenakan hukuman penjara. -Gambar hiasan

BAYI berusia setahun enam bulan dikelar hingga mati oleh ibu kandungnya sendiri dalam satu insiden di kawasan perumahan, Johor Bahru pada Jumaat.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian ngeri itu kira-kira pukul 1.30 tengah hari pada hari sama.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek kemudiannya mengirim gambar (si mati) yang berlumuran darah di bahagian leher melalui aplikasi WhatsApp kepada suaminya.

"Tangkapan dibuat ke atas suspek warga tempatan berusia 32 tahun untuk membantu siasatan lanjut.

"Sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar bayi lelakinya dirampas di lokasi kejadian.

"Suspek akan direman hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara jenayah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Susulan kejadian, mayat mangsa kekejaman ibunya sendiri itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat.

Namun, motif dan punca kematian bayi tersebut masih dalam siasatan.

Tambah Kumar, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain