suria

Siti Dhia Batrisyia jalan seorang diri pukul 2 pagi... Ibu syukur anak hilang sejak Selasa ditemukan selamat

Kanak-kanak yang hilang sejak Selasa lalu akhirnya ditemukan semula.

SETELAH lima hari kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan hilang sejak Selasa, dia akhirnya ditermukan selamat kira-kira pukul 2.28 pagi Ahad.

Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar yang hilang sejak Selasa lalu ditemukan ketika berjalan seorang diri berhampiran kawasan lot kedai di Sri Rampai, Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan ibunya, Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili menerusi perkongsian di Facebook.

Menurut Syarifah Rosfazila, Dhia ditemukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dan dia dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh unit peronda Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sri Rampai.

"Anak perempuan saya telah diserahkan kepada saya, dan kami kini berada di Hospital Kuala Lumpur untuk dia menjalani pemeriksaan kesihatan," katanya.

Dalam pada itu Syarifah Rosfazila turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk anggota polis Dang Wangi atas usaha mengesan anak perempuannya itu. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain