suria

Nama ‘dipetik’ dalam surat layang dakwaan gila seks, doktor lelaki HRPB buat laporan polis

Seorang doktor mengambil tindakan atas tuduhan melakukan gangguan seksual. -Gambar hiasan (kanan)

POLIS menerima laporan daripada seorang doktor berusia 43 tahun yang bertugas di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak berhubung penyebaran surat layang yang didakwa memburukkan namanya.

Memetik laporan The Star, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata laporan itu dibuat oleh doktor lelaki tu pada Sabtu.

"Siasatan awal mendapati surat layang yang tersebar menuduh doktor lelaki terbabit dan beberapa staf lain melakukan perbuatan terkutuk.

"Khususnya terhadap doktor pelatih yang bekerja di Jabatan Ortopedik HRPB," katanya.

Kata Yahaya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah), serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes, ASP Fadli Ahmad, di talian 019-2500019 untuk membantu siasatan pihak polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar surat layang dakwa doktor hospital kerajaan gila seks, buat gangguan seksual terhadap staf

Selain itu, Yahaya juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berdasarkan khabar angin, atau berunsur fitnah dan boleh menjejaskan kredibiliti seseorang.

Terdahulu, tular sebuah hantaran berikutan surat layang bertarikh 27 Februari 2024 ditemukan di lot parkir HRPB yang dimuat naik di media sosial hingga meraih perhatian warganet.

Surat itu mendakwa doktor terbabit sering mengganggu doktor pelatih wanita khususnya di jabatan ortopedik secara seksual dan mengugut untuk memanjangkan tempoh latihan mereka.

Malah, surat yang ditujukan kepada Pengarah HRPB, Datuk Dr Megat Iskandar Megat Abdul Hamid itu menggesa agar siasatan secara telus dapat dilakukan terhadap doktor tersebut yang dilabel 'gila seks' dan dia seterusnya ditukarkan ke hospital di negeri lain.

Susulan itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata pihaknya menubuhkan jawatankuasa siasatan bebas yang dilakukan sehari selepas surat berkenaan diterima HRPB melalui pos iaitu pada 28 Februari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain