suria

Baba's agih 1,500 Bubur Lambuk Warisan percuma, teruskan tradisi Ramadan... Istimewa gabungan 5 jenis rempah!

Azrain Mohamad (tiga, kiri) bersama Syamil Fahim (empat, kiri) pada program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024. -Gambar Low Boon Tat/The Star

TIDAK lengkap rasanya bulan Ramadan tanpa sajian bubur lambuk yang dinanti-dinantikan oleh orang ramai untuk berbuka puasa.

Bagi mengimarahkan lagi sambutan Ramadan, pengeluar rempah ratus terkemuka, Baba's mengagihkan sebanyak 1,500 bekas Bubur Lambuk Warisan kepada orang ramai pada program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 di Aeon Mall Shah Alam, pada Sabtu.

Berganding bahu bersama majalah Rasa di bawah naungan Nu Ideaktiv Sdn Bhd selama dua tahun berturut-turut, inisiatif ini bukan hanya bertujuan memasak dan menyediakan hidangan yang berkhasiat, tetapi juga sebagai komitmen untuk menyumbang kembali kepada masyarakat di samping memupuk semangat perpaduan.

AGIHAN BUBUR LAMBUK WARISAN - BABA'S DAN TEAM RASA di Aeon Shah Alam—LOW BOON TAT/THE STAR

Azrain Mohamad (tiga, kiri) bersama Syamil Fahim (empat, kiri) menuang bubur lambuk sebelum diagihkan. Turut serta Sissy Iman (dua, kiri) dan Chef Qayyum (kiri). -Gambar Low Boon Tat/The Star

Ketua Pemasaran Baba's, Azrain Mohamad meluahkan rasa gembira dan bersyukur dengan jalinan kolaborasi bersama majalah Rasa, Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Aeon Mall yang diharap mampu memberi impak positif kepada masyarakat setempat dan penerima sumbangan yang lain.

"Hari ini tak kira bangsa, semua memasak untuk memberi bubur lambuk kepada orang ramai. Kita mahu orang ramai gembira... kita tengok ramai yang beratur, semua gembira dapat bubur lambuk.

"Kita pun tahu sekarang waktu yang sukar bagi segelintir orang. Jadi sedikit sebanyak kita membantu menyumbang dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang," ujarnya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Baba's agih 6,000 bubur lambuk sempena Ramadan, tampil 10 resipi nostalgia dari seluruh negara

Menurut Azrain, sebanyak lima kawah bubur lambuk disediakan sejak pukul 8.30 pagi, sebelum diedarkan kepada pengunjung Aeon Mall Shah Alam, masyarakat setempat dan juga petugas badan beruniform di hospital, balai polis dan balai bomba berdekatan.

AGIHAN BUBUR LAMBUK WARISAN - BABA'S DAN TEAM RASA di Aeon Shah Alam—LOW BOON TAT/THE STAR

Sesi agihan bubur lambuk kepada pengunjung Aeon Mall Shah Alam. -Gambar Low Boon Tat/The Star

Apa yang istimewa, Azrain berkata, Bubur Lambuk Warisan yang disediakan menggunakan beberapa bahan utama produk keluaran Baba's.

"Bubur lambuk ini istimewa dengan menggunakan lima produk Baba's iaitu Serbuk Kurma Baba’s, Serbuk Sup Baba’s, Serbuk Jintan Manis Baba’s, Serbuk Lada Hitam Baba’s dan Serbuk Lada Putih Baba’s. Bau, warna, rasa dan kepekatannya benar-benar membangkitkan selera.

"Kelebihan produk Baba's ini adalah ia tidak mempunyai bahan pewarna, pengawet, penambah rasa dan MSG. Rasanya sangat asli. Sangat sesuai untuk mereka yang sangat menitikberatkan kesihatan," ujarnya lagi.

AGIHAN BUBUR LAMBUK WARISAN - BABA'S DAN TEAM RASA di Aeon Shah Alam—LOW BOON TAT/THE STAR

Azrain Mohamad berharap program agihan bubur lambuk dapat diteruskan dan diperluas pada masa akan datang. -Gambar Low Boon Tat/The Star

Dalam pada itu, Azrain turut menzahirkan harapan agar kerjasama menganjurkan program seumpamanya dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) sambil mengeratkan ukhwah sempena Ramadan.

"Mungkin pada masa depan, kita buat acara ke seluruh Malaysia, melawat ke seluruh negeri, ke tempat asnaf, anak-anak yatim, masjid untuk kita beri sumbangan bukan hanya bubur lambuk tapi mungkin juga sumbangan lain.

"Itu adalah antara perancangan kami bagi meraikan Ramadan selain mahu menjalinkan ukhwah bersama masyarakat di luar Lembah Klang, InsyaAllah," akhirinya.

Azrain Mohamad (tengah) turut membuat persiapan bubur lambuk.

Program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim dan dimeriahkan dengan kehadiran selebriti, Sissy Iman.

Sementara itu, Chef Qayyum iaitu chef selebriti yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat rancangan masakan turut menyumbang kepakaran memasaknya dalam penyediaan bubur lambuk warisan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain